sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Friday, 23 March 2012

Pelajar cemerlang Melaka ingin sambung pelajaran Tingkatan Enam

Pin It



MELAKA - Berbeza dengan kebanyakan pelajar lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syafiqa Al-Azua Aljeffry, sebaliknya memilih untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam.

Syafiqa Al-Azua, 18, yang memperoleh keputusan 9A+ membuat keputusan itu kerana inginkan persaingan dan cabaran untuk menjadi lebih berdaya saing pada masa depan.

Ibu pelajar berkenaan, Salmah Kamardin, 43, berkata, anaknya itu belum bercadang menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi atau mana-mana universiti dan kolej, sebaliknya akan ke Tingkatan Enam kerana berpendapat sukatan pelajarannya lebih mencabar.

"Persaingan penting kerana ia boleh membuatkan seseorang pelajar itu berusaha dengan lebih gigih untuk meraih keputusan yang lebih cemerlang," kata guru kaunseling itu ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, anaknya telah menelaah sukatan pelajaran Tingkatan Enam sebagai persediaan awal sebelum memulakan sesi pembelajaran akan datang. - Bernama

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...