sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Monday 26 March 2012

30 Peratus Wanita Gemar Lakukan Phone Sex

Pin It



GEORGE TOWN – Tinjauan Pusat Kesedaran Wanita (WCC) keatas 100 pelajar perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun baru-baru ini mendapati 23 peratus daripada remaja wanita terbabit pernah berkongsi maklumat peribadi dengan orang tidak dikenali melalui Internet.
Tinjauan yang sama turut mendapati 30 peratus remaja wanita terlibat mengaku pernah diminta bahan berunsur seks menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) daripada pihak tidak bertanggungjawab.
Pengarah Program WCC, Dr. D.Prema berkata, perangkaan daripada tinjauan yang dibuat oleh WCC Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa masalah remaja perempuan terdedah dengan gangguan seksual kini berada pada peringkat membimbangkan.
“Tinjauan juga mendapati seramai 54 peratus pelajar terlibat berhubung dengan orang tidak dikenali melalui Internet dan dan 17.7 peratus pernah keluar bersama kenalan yang hanya dikenali menerusi telefon bimbit.
“Seramai 36 peratus diganggu dengan unsur lucah di laman sosial dan 80 peratus mengakui menerima panggilan atau SMS daripada orang tidak dikenali,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Prema berkata perangkaan itu menunjukkan kebanyakan remaja perempuan itu terdedah kepada ancaman seks melalui panggilan telefon, SMS, MMS dan laman sosial.
Menurutnya, mereka yang melakukannya ancaman itu pula terdiri daripada rakan lelaki dan lelaki yang tidak dikenali selain kekasih remaja wanita terbabit.
Jelasnya, perangkaan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mencari jalan menangani perkara itu. – mynewshub.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...