Mata
Selepas bertanya sesuatu soalan kemudian rakan anda menjawab kita boleh lihat sekiranya bola mata rakan anda itu bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya itu jujur. Jika bola matanya bergerak ke arah kanan kemungkinan rakan anda itu sedang mangatakan sesuatu yang tak benar. Sebab bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory manakala otak kanan pula untuk kreativiti maka apabila bola mata ia ke kri bermakna dia sedang berusaha untuk mengingat namun sebaliknya berlaku jika bola mata ke arah kanan yang bermaksud dia sedang menyusun sesuatu sebagai jawapan yang lain.
Tangan
Tangan kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu, menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. Tanpa disedari rakan anda yang berbohong itu akan meletakkan benda-benda seperti pen atau apa sahaja benda sebagai pembatas. Lebih ketara apabila dia cuba mengubah topik perbualan. Jika ekpresinya kelhatan tenang dan lega, bererti dia sedang berbohong tetapi jika ia kembali semula kepada topik asal, bermakna dia sedang bercakap jujur.
Nada Suara
Nada suara juga mampu memberikan tanda seseorang itu sedang mencari helah apabila nada suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi dan sekejap rendah malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian dahi dan bibir.
Tubuh
Cara selain melalui nada suara, juga boleh melihat sekiranya rakan anda tu kelihatan berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut tidak panas. Nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit menggelabah.
0 comments:
Post a Comment