sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Tuesday 27 March 2012

Tiga lelaki didakwa bunuh pasangan suami isteri warga emas

Pin It


SEREMBAN: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh sepasang suami isteri warga emas awal bulan ini.

M. Segaran, 25, dari Beranang, Selangor; M. Kodeeswaran, 22, dari Taman Seremban Jaya dan V. Rajasegaran, 46, dari Taman Anggerik, Rantau, dituduh membunuh Koh Poi Lim, 62, dan isterinya Yee Ah Kiw, 59, di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Siliau, Lukut, Port Dickson antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi pada 5 Mac lepas. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marsilawati Mohamad Shah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Marsilawati kemudian menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...