sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

Apple nak saman Blackberry?


LONDON 1 Feb. - Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami penurunan kerana model Blackberry Z10 mirip menyerupai model tersebut.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar telefon pintar dari Kanada itu enggan melayan sebarang pertanyaan berhubung Z10 yang menyerupai iPhone.

Pengarah Urusan Blackberry Eropah, Stephen Bates dalam satu temu bual bersama Radio 5 telah ditanya soalan sebanyak lima kali sama ada syarikat itu telah belajar sesuatu daripada Apple, namun dia tidak memberi jawapan sepatutnya.

"Blackberry merupakan salah satu pelabur dalam pasaran telefon pintar,'' jawapan sama yang diberikan Bates setiap kali penemu ramah bertanyakan soalan sehingga dia berputus asa.


Malah, penemu ramah itu turut menyindir Bates dengan menyifatkan jawapan 'bos' Blackberry tersebut hanya seolah-olah beliau sedang membaca kenyataan akhbar.

Dalam pada itu, ramai pakar mendakwa gajet terbaharu Blackberry itu 'meminjam' sistem operasi daripada beberapa syarikat telefon pintar termasuk Apple.

''Ia seolah-olah satu penggabungan daripada pelbagai sistem,'' kata Stuart Miles pengasas laman web Pocket-Lint.

''Kekunci skrin Blackberry mirip telefon milik Windows, paparan aplikasi pula menyerupai iPhone manakala halaman aplikasi pula hampir menyerupai Android.


''Saya tidak fikir pengguna akan keliru dengan telefon Blackberry yang lebih kelihatan berbentuk segi empat tepat,'' kata Miles.

Sementara itu, pakar undang-undang berkata, Apple mungkin berdepan kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Blackberry ekoran pertikaian berpanjangan antara syarikat dengan Samsung. - AGENSI


Saturday, 19 January 2013

kes merasuk menjadi-jadi di UITM Lendu?




Bila bercakap soal histeria, meracau, kena rasuk dan sebagainya, memang tak boleh dipisah dengan kehidupan pelajar berasrama.
Terutama dalam asrama perempuan.
Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.
Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.
” Semakin hari berlaku  kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.
” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.
Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.
Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.
Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.
Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.
Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.
Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.
Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:
” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:
” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.
Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.
Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.
Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.
Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.
Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.
” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.
“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.
” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,” ujar Dr. Amran.

Tuesday, 1 January 2013

remaja khalwat nekad melarikan kenderaan JAIP


gambar hiasan

KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.


Monday, 31 December 2012

STARBUCKS telah disahkan haram?



artikel ini aku "cedok" dari facebook tetapi adakah ianya benar??
PS: tak pernah minum kat starbucks :)

mangsa rogol dijangka akan berkahwin tak lama lagi




NEW DELHI – Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.
Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.
Ketika rakyat India meluahkan simpati yang mendalam terhadap mangsa berusia 23 tahun yang diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka yang mengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang dilamun cinta dan disayangi ramai.
Walaupun belum rasmi bertunang, semua rakan mengetahui mangsa merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan itu yang menyebabkan kematian mangsa.
Rakan mangsa, Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli-belah pakaian dan hadiah perkahwinan.
“Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,” katanya yang tinggal bersebelahan kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,” katanya. Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.
Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam. – AFP

Monday, 24 September 2012

kemalangan maut di persimpangan MITC Melaka (24/9/2012)




Kemalangan maut yang membabitkan 3 buah lori,4 buah kereta dan 3 biji motor telah terlibat dalam kemalangan tersebut..Mangsa yang meninggal dianggarkan 5 orang buat masa ini.
Kemalangan ngeri ini berlaku di persimpangan lampu isyarat MITC berhadapan Mydin MITC.





Wednesday, 1 August 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.”

lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China.

Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China.

“Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sunday, 3 June 2012

Anak kucing masih hidup selepas tersedut berjam lama dalam ekzoz kereta



SEORANG pemilik kereta yang merasakan bahawa kenderaannya seperti kekurangan kuasa, memeriksa ruang enjin di bahagian hadapan keretanya - dia mendapati seekor anak kucing telah tersangkut di dalam sistem enjin.

Pemilik kenderaan itu mendapati bahawa anak kucing berumur kira-kira dua bulan itu telah tersedut masuk ke dalam sistem ekzoz di mana hanya kepala dan sebelah kuku kakinya yang terjulur keluar.

Pemilik kenderaan itu hanya menyedari bahawa haiwan tersebut masih hidup selepas memandu kenderaannya ke garaj dan diberitahu oleh mekanik bahawa ia masih bernyawa ketika berusaha mengeluarkannya.

Bahagian sistem ekzoz itu segera dikeluarkan dari kereta tersebut lantas dibawa ke balai bomba di mana salah seorang petugas bomba berjaya memotong bahagian tertentu pada sistem itu untuk mengeluarkan haiwan malang itu.

Anak kucing tersebut terpaksa menjalani pembedahan usus dan kini dilaporkan semakin stabil di bawah jagaan sebuah tempat perlindungan di Rio Verde, di barat Negara Brazil. 

Menurut pengarah Bomba, Coronel Candido Cleber: "Anak kucing tersebut sejuk lantas ia memanjat ke dalam ruang enjin untuk menghangatkan badannya".

"Namun ketika pemandu menghidupkan enjin, ia tiba-tiba tersedut masuk. Sungguh menakjubkan kerana ia masih hidup. Pemandu telah memandu keretanya berjam-jam lamanya sebelum berhenti untuk memeriksa sesuatu yang tidak kena pada kenderaannya"


Monday, 21 May 2012

doktor cuai tarik kepala bayi hingga putus




Brazil – Seorang ibu terkejut selepas mengetahui bayi yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan tanpa badan selepas doktor secara tidak sengaja telah menarik kepala bayi itu hingga putus ketika proses bersalin.
Kejadian berlaku di bandar Aracaju selepas wanita yang berusia 22 tahun itu menghadapi masalah untuk bersalin selepas berjam-jam berada di bilik bersalin.
Ketika itu terdapat 5 orang doktor yang sedang berusaha mengeluarkan bayi berkenaan.
Menurut sepupu wanita berkenaan, Gilmara Azevedo dos Santos, ibu muda itu mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mendengar bunyi merekah.
Kemudian dia mendengar bunyi riuh rendah di dalam bilik bersalin itu sebelum seorang doktor bercakap `Marcos, awak dah gila?”.
Ibu muda itu kemudiannya bertanya apa yang berlaku namun tidak mendapat jawapan sebaliknya dia dibawa segera ke bilik bedah untuk pembedahan caesarian.
Rupa-rupanya badan bayi itu tertinggal di dalam rahimnya dan pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan badan tanpa kepala itu.
“Sepupu saya amat kecewa, malah seluruh anggota keluarga berada dalam keadaan terkejut. Dia juga berada dalam kesakitan selepas mendapat tahu kepala bayinya telah putus, sementara badan bayi itu tertinggal dalam perut dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan badan berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyaman hospital berkenaan atas tuduhan cuai.
Dalam pada itu, pengarah hospital, Debora Leite berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian bayi berkenaan.
PS: ni 1st time dengar cerita macam ni.... pelik betul la~

Sunday, 20 May 2012

mayat bayi dalam beg




LABU KUBONG – Niat seorang remaja untuk mencari nenas di sebuah kebun, di sini, terbantut apabila menemui mayat bayi lelaki yang disumbat di dalam sebuah beg.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin, Khairul Azhar Idris, 17, ternampak sebuah beg yang diletakkan di bawah pokok mengkudu berhampiran sebuah rumah kosong di Lorong Tok Lingga, Kampung Sungai Lampam, di sini sebelum bertindak menghampiri beg berkenaan.
Khairul berkata, dia cuba untuk mengangkatnya dan mendapati beg berkenaan agak berat.
“Tanpa membuka beg berkenaan saya terus pulang ke rumah dan memberitahu penemuan barang itu kepada ahli keluarga termasuk abang ipar yang bertugas sebagai anggota polis.
“Mengesyaki sesuatu, kami kembali semula ke tempat tadi untuk memeriksa kandungan beg berkenaan sebelum menemui mayat seorang bayi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Difahamkan, mayat bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan sempurna, dibalut dengan kain batik dan dibungkus dalam sebuah plastik sebelum dimasukkan dalam beg tersebut.
Khairul yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah berkata, insiden itu agak mengejutkan keluarganya yang tidak menyangka akan menemui mayat bayi di kebun mereka.
Hidu bau busuk
Abang Khairul, Saharudin Abu Bakar, 22, mengakui, ketika membuka beg berkenaan, dia terhidu bau busuk.
Bagaimanapun menurutnya, bagi mengetahui isi kandungan beg berkenaan, dia bersama adik iparnya nekad untuk membuka beg berkenaan dan melihat isi kandungannya.
“Apabila adik ipar membuka zip beg itu, kami berdua mula terhidu bau busuk dan dia terus mengambil bungkusan yang diletakkan dalam beg berkenaan.
“Sebaik sahaja plastik itu dibuka, bau busuk semakin kuat dan kami bertindak membuka kain batik lalu terlihat ada kepala bayi,” katanya.
Bimbang dengan keadaan itu, mereka bertindak menghubungi polis.
Saharudin tidak menyangka semak berhampiran kebun ayahnya itu menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan membuang bayi.
Mati sejak beberapa hari lalu
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, buat masa ini, siasatan lanjut masih dilakukan, bagaimanapun daripada pemeriksaan awal, besar kemungkinan bayi malang berkenaan mati dalam tempoh tiga hingga empat hari lalu.
“Kita masih belum mendapat pengesahan lanjut daripada hospital dan belum dapat dipastikan sama ada bayi itu mati di dalam kandungan atau setelah dilahirkan, tetapi berdasarkan pemeriksaan tiada kecederaan pada tubuh bayi itu,” katanya.
Kok Liang berkata, laporan polis diterima daripada seorang anggota polis dari Cawangan Forensik, Maktab Cheras, Kuala Lumpur yang kebetulan sedang bercuti di rumah keluarga mertua.
Menurutnya, sebaik menyedari bungkusan berkenaan mengandungi mayat seorang bayi, anggota dikenali Nor Azlan Abu Bakar, 28, segera menghubungi Balai Polis Labu Kubong untuk membuat laporan.
Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Yusmaniza Yusoff di talian             013-2022690       atau hotline IPD            05-6222222      .
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
sumber: Sinar

Wednesday, 16 May 2012

Kisah sedih 6 Mei 2012…tragedi di lebuh raya pantai timur



Di bawah ini adalah kisah disebalik  kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru nie.  yang diceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri ‘scene’ dari sebelum, semasa dan selepas kemalangan.
dipetik dalam laman www.ohtidak.com;
Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.
Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer.
Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.
Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.
Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.
Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.
Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.
Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.
Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.
Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.
Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.
Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.
Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.
Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.
Takziah Admin ucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.
Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.
Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatehah kepada mangsa.
Nasihat kepada Anda dan diri Admin, ambil iktibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.
Sedar tidak sedar doa itu sebenarnya adalah permulaan dan sebagai penanda adakah anda akan berhati-hati semasa memandu.
Manusia ini kadang-kadang lupa, terlupa dan alpa.

Tuesday, 15 May 2012

nampak wanita dipanggang api neraka ketika sujud




Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


melecur disimbah air panas akibat gemar mengintai




Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. 


Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.


Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.

Monday, 14 May 2012

lelaki maut terjun pokok



KUALA SELANGOR – Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.
Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.
Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam.
Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.
“Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku.
“Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang,” katanya.
Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia. (SINAR HARIAN)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...