sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Wednesday, 28 March 2012

Kemelut Rumah Tangga Safee Sali Selesai Luar Mahkamah

Pin It



SHAH ALAM – Kemelut rumah tangga penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berakhir apabila dia dan isterinya bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakilinya pada prosiding sebutan permohonan perintah kembali taat difailkan oleh Safee terhadap Sabrina Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dengan cara terbaik. Anak guam saya ingin menarik balik permohonan (perintah kembali taat),” katanya.
Hakim Syarie Atras Mohamad Zin kemudian membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan dikemukakan peguam syarie, Junaidah Bakar yang mewakili Sabrina.
Pada prosiding ringkas selama kira-kira lima minit itu, Safee dan Sabrina tidak hadir dan hanya diwakili peguam masing-masing.
Difahamkan, Safee kini berada di negara ini.
Manakala isterinya dikatakan berada di Kuching, Sarawak. 
(Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...