sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Tuesday, 27 March 2012

lagi kes budak hilang

Pin It



KUALA LUMPUR: Seorang lagi gadis berusia 20 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Baiduri, Persiaran Tasik Kesuma, Beranang untuk bertemu seseorang di pusat beli-belah di ibu negara pada 17 Mac lalu. 

Ibunya Fouziah Dollah, 47, ketika dihubungi Berita Harian berkata, anaknya Norsyafikah Shamshul Bahri, meminta kebenaran bertemu dengan teman lamanya sehari sebelum itu dan beliau memberinya wang belanja RM100.


"Pada Jumaat, Along (nama panggilan Norsyafikah) ada cakap hendak berjumpa dengan kawannya esok (Sabtu) tapi bila saya tanya hendak jumpa di mana, dia tidak mahu beritahu sebaliknya minta wang belanja RM100.
“Saya berikan RM50 tapi dia kata tidak cukup, saya pun beri RM100 yang dimintanya tanpa mengesyaki apa-apa,” katanya. 

Katanya, ketika Norsyafikah keluar jam 10.30 pagi, beliau tiada di rumah kerana keluar menemankan suaminya ke bengkel kereta untuk menyelenggara kereta. 

Beliau berkata, ketika keluar rumah, Norsyafikah baru sebulan bekerja di sebuah spa kecantikan tidak jauh dari rumah mereka. 

“Saya hantar SMS bertanya dia keluar ke mana dan dengan siapa dan selepas beberapa kali, baru dia membalas dan mengatakan hendak berjumpa dengan rakan lamanya di ‘TS’. Namun, selepas itu dia tidak membalas SMS saya,” katanya yang hanya sedar anaknya hilang apabila Norsyafikah tidak pulang sehingga jam 6.30 petang. 
“Saya khuatir Along ditipu memandangkan anak saya lurus, sehinggakan duit gaji dan kad banknya saya pegang,” katanya yang turut mengesyaki Norsyafikah bertemu rakannya melalui laman sosial Facebook. 

Selepas gagal mengesan Norsyafikah, Fouziah dan suaminya, Shamshul Bahrin Yacob, 48, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Beranang. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Norsyafikah diminta menghubungi Balai Polis Beranang di talian 03-87667222. 


sumber: berita harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...