KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes bakar kereta yang terjatuh dari motosikalnya Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur tempat dia dirawat tengah hari ini.
Sumber polis memberitahu Bernama, suspek yang berumur 42 tahun itu meninggal kira-kira 12.15 tengah hari.
Dia dikatakan terjatuh dan cedera ketika cuba melarikan diri dari polis di persimpangan Kampung Pauh, Sentul.
Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menafikan dakwaan bahawa suspek cedera parah akibat dipukul oleh pihak berkuasa dan orang ramai.
Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menafikan dakwaan bahawa suspek cedera parah akibat dipukul oleh pihak berkuasa dan orang ramai.
Suspek dipercayai terbabit dalam kes membakar lebih 20 buah kereta mewah di sekitar ibu negara.
Kejadian membakar kereta mewah seperti Skoda Octavia, BMW 523i, Kia Sorento dan Honda Accord sebelum ini dilaporkan semakin menjadi-jadi di ibu negara dengan sekurang-kurangnya 23 kes dilaporkan.
Pada 23 Mac lepas, empat buah kereta dilaporkan dibakar di Sentul termasuk satu di Titiwangsa. - Bernama