sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Wednesday 28 March 2012

PAS Dakwa SMS Chang Khim Bukan Berat Sebelah

Pin It



KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Selangor (DPP Selangor) mendakwa tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dalam persidangan dewan itu semalam bukan suatu tindakan yang berat sebelah.
Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan mendakwa, tindakan itu sebaliknya cuma bertujuan memperkatakan tentang kejayaan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang selama ini.
“DPP Selangor berasa tidak ada isu berat sebelah dalam hal ini kerana Chang Khim bukannya meminta Exco melakukan pembohongan dan fitnah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasbullah seterusnya mendakwa, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada persidangan ekoran perkara itu sebenarnya yang tidak matang.
Menaurutnya, pihak pembangkang yang tidak berpuas hati sepatutnya berhujah balas dengan fakta yang lebih jelas dan bukannya mengambil tindakan meninggalkan dewan.
Media semalam melaporkan kesemua ADUN BN bertindak keluar daripada persidangan dewan itu.
Tindakan itu diambil sebagai tanda protes selepas mereka mendapati Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar Chang Khim kepada semua Exco meminta supaya Exco menggunakan peluang sepenuhnya pada sesi perbahasan untuk menyatakan kejayaan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mentadbir negeri itu dalam tempoh empat tahun ini.
SMS yang dihantar oleh Chang Khim kepada semua Exco itu ‘bocor’ apabila ia turut dihantar kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali.
berita harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...