Masih terdapat perdebatan berkenaan hukum melihat kemaluan isteri/suami. Sebahagian kaum Muslimin menganggap hal itu dilarang sementara sebahagian lain menganggapnya boleh. Namun masih terdapat kontroversi tentang boleh tidaknya suami/isteri melihat kemaluan pasangan masing-masing.
Untuk menjelaskan hal yang masih menjadi perdebatan dalam masyarakat kaum Muslimin itu, kita merujuk kepada kitab Tanwirul Abshar dan syarahnya ad-Durrul Mukhtar, dari kitab-kitab Hanafiyah, tentang bolehnya suami melihat apa saja pada isterinya. Kitab-kitab itu mengisyaratkan bolehnya melihat isteri, baik yang lahir mahu pun yang tersembunyi, bahkan terhadap kemaluannya sekalipun, dengan syahwat maupun tanpa dengan syahwat.
Namun dalam ad-Durrul juga disebutkan: "Dan yang lebih utama adalah meninggalkannya, kerana melihat kemaluan itu boleh menjadikan seseorang itu mudah lupa. Bahkan ada yang mengatakan ianya dapat melemahkan daya penglihatan seseorang." Untuk menguatkan pandangan bahawa lebih utama untuk tidak melihat kemaluan pihak lain, di dalam kitab al-Hidayah dikemukakan suatu hadis: "Apabila salah seorang di antara kamu mencampuri isterinya, maka hendaklah sedapat mungkin ia menutup kemaluannya, dan janganlah mereka bertelanjang bulat seperti keldai." Namun Ibnu Umar r.a. berpendapat: "Lebih utama melihat kemaluan (pihak lain), kerana hal itu lebih dapat menghasilkan kenikmatan."
Seterusnya ialah kata-kata Abu Yusuf, sebagai berikut: "Dan diriwayatkan dari Abu Yusuf, saya pernah bertanya kepada Imam Abu Hanifah mengenai seorang laki-laki yang menyentuh kemaluan isterinya, dan si isteri menyentuh kemaluan suami untuk membangkitkan nafsunya. Apakah yang demikian itu terlarang? Beliau menjawab; "Tidak, dan saya berharap pahalanya semakin besar." Barangkali beliau (Imam Hanafi) merujuk pada hadis sahih berikut: "Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah. Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah apakah jika salah seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu mendapat pahala?" Beliau menjawab: "Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan sahaja tanpa menghitung kebaikan?"
Adapun hadis yang dijadikan dalil dalam kitab al-Hidayah yang melarang suami isteri bertelanjang bulat ketika bercampur tidak dapat dijadikan hujah kerana dhoif. Sementara Ibnu Hazm menolak keras pendapat yang bertentangan dengan firman Allah surat Al Mu'minun ayat 5-6 sebagaimana berikut: "Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela." Dalam kitabnya al-Muhalla, Ibnu Hazm berkata: "Halal bagi seorang laki-laki melihat kemaluan isterinya dan budak perempuan yang halal digaulinya. Demikian pula si isteri dan budaknya itu halal melihat kemaluannya, tidak makruh sama sekali."
Dalilnya ialah riwayat-riwayat yang masyhur dari Aisyah, Ummu Salamah, dan Maimunah ibu-ibu kaum mukminin rodhiyallahu anhuma bahawa mereka pernah mandi junub bersama Rasulullah SAW dalam satu bejana. Dalam riwayat Maimunah dijelaskan bahawa Nabi SAW tidak mengenakan sarung, sebab dalam riwayat itu dikatakan bahawa beliau memasukkan tangan beliau ke dalam bejana lalu menuangkan air ke atas kemaluannya dan mencucinya dengan tangan kiri beliau. Maka tidaklah tepat apabila mangambil pendapat lain, setelah adanya keterangan demikian tersebut.
Sedang hadis yang dijadikan alasan oleh Ibnu Hazm itu tertera dalam Shahih al-Bukhari dari Ibnu Abbas, dari Maimunah Ummul Mu'minin r.a., ia berkata: "Aku pernah menutupi Nabi SAW (dengan tabir) ketika beliau sedang mandi janabat, lalu beliau mencuci kedua tangan beliau, lantas menuangkan air dengan tangan kanannya atas tangan kirinya. Kemudian beliau mencuci kemaluannya dan apa yang mengenainya." Diriwayatkan juga dalam Shahih al-Bukhari, dari Aisyah r.a., ia berkata: "Aku pernah mandi bersama Nabi SAW dalam sebuah bejana yang bernama al-Faraq."
Bolehnya suami melihat kemaluan isterinya, diperkuat oleh pendapat Al-Hafidz Ibnu Hajar. Dalam bukunya Fathul Bari, Ibnu Hajar berkata: "Hal ini diperkuat oleh riwayat Ibnu Hibban dari Sulaiman bin Musa bahawa beliau pernah ditanya tentang hukum laki-laki melihat kemaluan isterinya, lalu beliau berkata: Aku bertanya kepada Atha', lalu Atha' menjawab: Aku bertanya kepada Aisyah, kemudian Aisyah mengemukakan hadis tersebut di atas menurut maknanya."