Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah penting untuk tujuan beribadah kepada Allah.
Adakah anda pasti, posisi arah kiblat yang anda amalkan sekarang tepat ke arah Kaabah di Mekah?
Sekiranya anda melancung ke luar daripada kawasan anda seperti ke luar negara sebagai contoh, tidaklah rumit untuk mencari arah kiblat yang betul.
Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah senang berbanding masa lampau, dengan bantuan kompas dan internet.
Berikut adalah kaedah yang tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat di seluruh dunia
Berikut adalah beberapa laman web yang anda boleh layari untuk menentukan arah kiblat mana-mana tempat di dunia.
http://
Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali.
Anda hanya perlu masukkan nombor poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat.
Sebagai contoh, masukkan poskod 26100, disusuli nama negara Malaysia – Qiblat locator berjaya mengesan lokasi di Balok, Pahang dan memaparkan arah Qiblat.
Arah kiblat dipaparkan pada 291.95 darjah dari arah.
Anda boleh menaip alamat tempat, disertai dengan poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap kampung di dunia sehinggakan nama kampung yang mungkin tidak dikenali di peta dunia juga berjaya ditemu arah kiblatnya.
Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!!
Laman web ke dua ialah:
http://www.qibla.com.br/
Pada laman web ini, konsep yang digunakan adalah sama di mana anda perlu memasukkan maklumat longitud dan latitud untuk lokasi anda pada sumber atau origin pada peta sebelah kiri manakala destinasi pada peta sebelah kanan telah disetkan pada Kaaba, Mecca.
Keputusan dihasilkan dengan 2 arah , cara kompas digunakan iaitu mengikut ke arah Utara berpandukan lokasi kita atau menggunakan arah magnetik yang ditunjukkan oleh kompas.
Sila lihat pada Gambar untuk keputusan arah tersebut.
Laman web ke tiga yang boleh anda tinjau ialah:
http://
Teknik yang sama juga digunakan di mana anda boleh mencari arah Kiblat menggunakan Google Map dan Google Earth.
Untuk menggunakan Google Earth anda perlu memuat turun Plugin Google Earth untuk browser anda terlebih dahulu.
Anda akan dipaparkan dengan skrin. Taipkan maklumat seperti nama tempat, bandar, negeri, negara atau boleh juga masukkan poskod, nama negara.
Kalau anda ingin mencuba laman yang lain di internet, anda boleh juga cuba
http://
Diharap artikel ini dapat memberi panduan berguna untuk anda umat Islam
InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment