sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Friday 18 May 2012

gambar keadaan kereta ferrari dan taxi yang kemalangan di Singapore

Pin It


Sebuah Ferrari 599 GTO telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada awal pagi Sabtu lepas (12.05.2012) yang telah meragut tiga nyawa termasuk pemandu Ferrari itu sendiri.
Kemalangan ini berlaku di persimpangan antara Rochor Road dan Victoria Street di Singapura.
Selain itu, turut terlibat dalam kemalangan ini adalah sebuah teksi dan motosikal.
Lebih menyedihkan, Cheng Teck Hock, 52 yang merupakan pemandu teksi serta penumpangnya seorang wanita berusia 20 tahun mati akibat kemalangan ngeri itu.
Penumpang di dalam Ferrari tersebut telah mengalami kecederaan parah dan lelaki yang menunggang motosikal berjaya menyelamatkan diri.
Pemandu Ferrari, Ma Chi, 31 yang merupakan seorang ahli perniagaan dan pemandu teksi terbabit yang merupakan bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah telah terperangkap di dalam kenderaan masing-masing dan mati sebelum paramedik berjaya mengeluarkan mereka.
Sementara itu, pihak polis masih lagi melakukan siasatan berkenaan dengan kejadian ini. Saksi kejadian menyatakan bahawa pemandu Ferrari berkenaan tidak mematuhi lampu isyarat merah lalu melanggar teksi berkenaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
saksikan video dibawah....


gambar keadaan kereta ferrari dan taxi 













0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...