sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Tuesday, 22 May 2012

angkat berat bukan sekadar membina otot

Pin It


Namun, hanya segelintir lelaki yang mengamalkan latihan beban ini. Selebihnya pula beranggapan bahawa latihan beban ini hanyalah sekadar senaman otot semata-mata. Kesihatan otot yang baik boleh menghasilkan otot yang lembut, mudah lentur dan cantik. Secara tidak langsung, ia juga mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan tubuh. Disenaraikan beberapa kelebihan jika mengamalkan latihan beban.

1. Menghapuskan Lemak Di Bahagian Perut 
Menurut kajian yang dilakukan, latihan beban yang dilakukan dalam masa dua kali seminggu mampu mengekalkan saiz pinggang dalam jangka waktu yang lama. Latihan beban diyakini mampu menyingkirkan lebihan lemak abdominal, iaitu lemak yang berkait rapat dengan penyakit jantung. Mereka yang kerap melakukan latihan beban akan bebas daripada risiko penyakit diabetes dan angina ahmar.

2. Melawan Tekanan
Latihan beban mampu melawan sebarang tekanan yang ada. Pendapat ini dinyatakan oleh para penyelidik dari University Harvard. Para penyelidik ini men - dapati bahawa lelaki yang sedang tertekan berjaya mengawal tekanan masing-masing setelah mengikuti latihan beban yang diwujudkan untuk mereka. 


3. Kurangkan Risiko Sakit Jantung
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu bagi lelaki. Kajian berjaya membuktikan bahawa aktiviti angkat berat mampu merendahkan paras LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik). Semua ini menuju ke arah kesihatan kardiovaskular.

4. Memperbaiki Tidur

Mereka yang kerap melakukan latihan beban dipercayai lebih mudah melelap kan mata, mendapat tidur yang lebih nyenyak, kurang terjaga sepanjang tidur dan menikmati tidur yang lebih panjang. Bahkan, latihan ini jauh lebih baik daripada pengambilan sesetengah pil tidur. Menarik nya, ia tiada kesan sampingan.

5. Meningkatkan Imej 

Latihan angkat berat bukan sekadar membina otot bahkan ia turut memperbaiki imej tubuh dan keyakinan diri. Satu kajian mendapati lelaki yang mampu menambahkan beban yang diangkat akan merasa lebih berkeyakinan dengan tubuh mereka. Selain itu, mereka juga lebih mudah berpuas hati dengan latihan yang mereka lakukan. 


6. Kawalan Berat Badan

Walaupun latihan aerobik sering dikhabar kan sebagai latihan terbaik untuk menurunkan berat badan, sebenarnya latihan beban akan memberikan hasil yang lebih baik. Selain berjaya mengawal berat badan, ia juga mampu meningkatkan kadar metabolic tubuh. Selain itu, latihan angkat berat juga boleh meningkatkan kadar metabolik anda sehingga 15 peratus.

7. Melegakan Masalah Sakit Belakang
Kajian terdahulu berjaya menemui kaitan antara beban dengan masalah sakit belakang. Apabila anda mengangkat beban, secara tidak langsung ia menyasarkan kepada bahagian otot belakang anda. Dengan ini, masalah sakit belakang juga ber - jaya dikurangkan sedikit demi sedikit.  


8. Membantu Pencernaan

Satu kajian yang dikendalikan oleh University of Maryland mendapati latihan beban adalah faktor penting terhadap masa yang diperuntukkan untuk pencernaan. Latihan beban yang biasa meningkatkan kepantasan pencernaan sebanyak 56 peratus dan mengurangkan risiko kanser kolon.

9. Mengurangkan Sakit Arthritis 
Kesakitan akibat osteoporosis dan rheumatoid arthritis berjaya dikurangkan dengan latihan angkat berat yang teratur. Merujuk kepada kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Rheumatology menyatakan, otot yang kuat boleh bertindak sebagai hentakan kuat pada tulang sendi dan dalam masa yang sama melegakan sakit pada tulang.

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...