Sesetengah penyakit atau masalah kesihatan,biasa menunjukkan tanda-tanda awal yang boleh dijadikan petunjuk untuk kita bertindak mengatur langkah seterusnya. Perhatikan tanda-tanda berikut yang mungkin berlaku pada diri anda atau orang tersayang.
- Sukar untuk bernafas atau termengah- mengah ketika bernafas.
Salah satu tanda- tanda pertama kanser paru- paru yang harus diingat oleh pesakit adalah kesukaran mereka untuk bernafas. Malah kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah- mengah.
- Batuk kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser termasuklah leukemia dan tumor paru- paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronchitis. Satu cara untuk membezakannya adalah apabila masalah itu berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya tetap sama. Sesetengah pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.
- Kekerapan demam atau mengalami jangkitan.
Perkara yang disebutkan ini boleh merupakan tanda- tanda penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel darah yang bermula dalam tulang sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan leukemia terhadap orang dewasa selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan dan gejala- gejala seperti selesema dalam jangka masa yang panjang. - Kesukaran untuk menelan makanan.
Masalah ini selalunya berkait rapat dengan kanser tekak. Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda- tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru- paru.
- Nodus limfa membengkak atau wujudnya benjolan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadangkala adalah tanda- tanda penyakit kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah leher, ketiak, atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda awal leukemia.
- Lebam melampau atau pendarahan yang tidak terhenti.
Gejala- gejala ini selalunya menandakan perkara tidak normal berlaku terhadap platelet dan sel- sel darah merah. Ia juga adalah tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh berlaku di tempat- tempat luar biasa seperti pada jari- jari dan tangan, dan juga tompok- tompok merah pada muka, leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada gusi juga boleh berlaku.
- Lemah dan lesu
Lesu dan lemah adalah gejala- gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga boleh bergabung dengan gejala- gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya, segera bertemu dengan doktor.
- Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal .
Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba- tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.
- Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.
Salah satu tanda kanser ovari adalah tidak ada selera makan dan tidak boleh makan walaupun mereka masih belum makan.
0 comments:
Post a Comment