aku percaya yang korang semua pernah baca mengenai mayat di kubah masjid Nabawi.... skang korang baca pulak bende kat bawah ni... sesiapa yang mempunyai maklumat atau papela pasal bende ni mintak tolong komen ye.....
”Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..”
okey yang ni pulak cerita yang korah pernah baca...
Ada satu bangunan berkubah yang belum dihancurkan iaitu Kubah Hijau Nabi. Ada sebuah kisah tentang usaha penghancuran kubah Masjid Nabawi yang boleh diambil hikmahnya oleh kita. Inilah sebuah mukjizat yang telah terjadi sekitar 90 tahun yang lalu yang disampaikan oleh Syekh Az-Zubaidi.
Seseorang yang ditugaskan untuk meruntuhkan Kubah Masjid Nabawi di mana di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW namun, ketika orang tersebut memanjat kubah dan memulakan meruntuhkannya, tiba-tiba sebuah kilat menyambarnya dan dia maut serta merta. Tidak ada seorang pun yang mampu memindahkan mayat tersebut dari atas kubah.
Dikisahkan pula, ada seorang soleh dari Madinah yang dalam mimpinya mendengar sebuah suara yang mengatakan bahwa tidak ada seorangpun yang mampu mengangkat mayat tersebut dari kubah. Perkara itu sebagai sebuah peringatan dan pengajaran bagi mereka yang berfikir dan berusaha untuk merobohkannya di masa akan datang!
Akhirnya, mayat tersebut tetap berada di atas kubah dan ditutup dengan kotak hijau agar tidak dilihat oleh orang ramai.
wullahualam~
0 comments:
Post a Comment