sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Tuesday 24 April 2012

johan dan zizan diserang demam teruk

Pin It



KUALA LUMPUR : Kejayaan akan berpihak kepada orang yang betul-betul berusaha tanpa mengenal ertis putus asa.

Inilah pemahaman Murai Batu selepas mendengar ucapan Johan tatkala dia dinobatkan sebagai artis komedi lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25.
Sungguhpun ramai melihat Johan sering saja menghiasi kaca TV, radio dan majalah serta akhbar, mungkin ramai tidak tahu kesulitan sebenar yang dialami Johan bersama isterinya Ozlyn yang juga bergelar pelakon.

Hakikatnya, ketika Johan menyertai Super Spontan pada minggu yang ketiga, dia telah diserang demam selesema yang teruk. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu, Johan tetap memberikan persembahan mantap pada minggu berkenaan.
Malah, dia sempat hadir ke sesi raptai walaupun disaat itu badannya sangat lemah.
Menurut sumber Murai Batu, Johan jenis orang yang tidak ingkar pada janji.
Katanya, Johan tetap akan berikan komitmen lebih seratus peratus walaupun dia sedang sakit.

Jadi, tidak hairanlah Murai Batu merasakan Johan memang layak merangkul gelaran berkenaan.
Walaupun Murai Batu mendapat tahu demam Johan masih belum rebah pada minggu ke empat Super Spontan, beliau tetap hadir dan bekerja seperti tidak sakit.
Selain daripada Johan, kawan baik Johan iaitu Zizan Razak turut mengalami demam yang teruk pada minggu ke empat Super Spontan.

Dengarnya, Zizan terpaksa diberikan ubat tahan demam sejam sebelum Super Spontan bersiaran pada minggu lalu.
Walaupun penyandang pengacara TV lelaki popular itu demam, aksi Zizan pada minggu itu sangat mengagumkan dan mereka berdua tetap menampilkan persembahan spontan yang luar biasa.

Apapun, Murai Batu nasihatkan agar Johan dan Zizan atau lebih senang dengan panggilan Jozan perlu menjaga kesihatan.
Peminat lebih memerlukan diri anda yang sihat.
Untuk pihak yang menawarkan Jozan kerja pula, janganlah sewenang-wenangnya menggunakan mereka walaupun tahu mereka alami sakit teruk.

Murai Batu sebenarnya ngeri apabila teringat insiden yang berlaku terhadap arwah pelakon Faizal Yusof yang meninggal akibat terlalu banyak kerja. 

sumber:Murai

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...