sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Sunday 15 April 2012

pemain bola Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung

Pin It



Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan berdepan Pescara tengah malam tadi.

Dia rebah secara tiba-tiba ketika tiada pemain lain berhampirannya pada minit ke-31, dia bangun semula namun seperti berasa keliru sebelum rebah sekali lagi dan pasukan perubatan masuk memberikan rawatan sebelum dibawa ke hospital.

``Kami telah cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun telah dibawa ke hospital, ” kata doktor, Leonardo Paloscia.

Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini telah mengalami kegagalan kardiak dan semua program sukan telah bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.

Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa dan semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda sebagai menghormati pemergian Morosini.

Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan.


0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...