sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Friday 20 April 2012

kasut bola bintang Real Madrid dicuri

Pin It



MUNICH: Polis Munich sedang menyiasat kecurian beberapa pasang kasut bola milik bintang Real Madrid yang dicuri daripada stadium Bayern Munich sebelum perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah mereka awal pagi Rabu kelmarin yang berkesudahan Munich menewaskan Real 2-1. 

Namun, Real menerima kejutan sejurus sebelum sepak mula perlawanan itu apabila dua pasang but dan dua jersi kepunyaan bintang Madrid, Cristiano Ronaldo dicuri dari bilik persalinan Madrid di stadium itu.
Sepasang but kepunyaan pemain tengah Real dari Jerman, Mesut Ozil juga dicuri. Real menyalahkan Bayern, yang sudah menghubungi polis untuk menyelesaikan perkara itu.
Jenayah itu mungkin sukar untuk diselesaikan kerana tiada sebarang kamera video pengawasan di bilik persalinan di Allianz Arena. 

“Kini, kami cuba untuk melihat siapa yang boleh memberikan maklumat kepada kami mengenai perkara itu,” jurucakap polis, Wolfgang Wenger mengesahkan. “Kami ada menghubungi Real.” 

Menurut akhbar harian sukan Sepanyol, Marca, Real sudah pun mengadu kepada badan induk bola sepak Eropah, UEFA. - AFP

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...