sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Monday 30 April 2012

3 dirempuh ketika tukar tayar

Pin It



SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.
Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama. 

Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian. 

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa. 

Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber: berita harian online

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...