sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Monday, 20 February 2012

PROTON TUAH AKAN DIPASARKAN TIDAK LAMA LAGI

Pin It


KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mula memasarkan model baru menyamai kereta konsep Tuah dalam masa empat bulan lagi.
Sumber memberitahu Mynewshub.my, keputusan itu hampir pasti dan orang ramai pasti tidak akan kecewa dengan model baru berkenaan.
“Dalam empat bulan lagi kita akan pasarkan Tuah,” katanya.
Sebelum ini, kecoh di media-media online dan blog Proton akan melancarkan model P3-21A yang dibangunkan berasaskan model konsep Tuah.
Sementara itu, laporan Bernama memetik Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai berkata, sudah menjadi resam Proton sejak kebelakangan ini untuk memperkenal sebuah varian atau model kereta baharu setiap tahun, dan tahun depan tidak terkecuali.
“Kami sedang membuat persiapan untuk melancarkan sebuah kereta baharu pada 2012 dan satu daripada kegiatan penting bagi Proton tahun depan ialah berusaha gigih meningkatkan eksport.
“Dalam negara, jumlah jualan semakin meningkat tahun demi tahun tetapi bagi tahun depan, ini bergantung kepada keadaan pasaran ketika itu,” katanya kepada Bernama pada Hari Keluarga Proton di sini hari ini.
Syed Zainal berkata tahun depan dijangka mencabar dari segi ekonomi, tetapi bagi industri automotif pelancaran model-model varian baharu akan membantu meningkatkan prestasi keseluruhan Proton.
Bagi enam bulan pertama, jualan kereta Proton Holdings bertambah kepada 74,519 unit berbanding 65,918 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2010.
Hari Keluarga tahunan yang kali ini diadakan di Sunway Lagoon Resort di sini itu, dilancarkan oleh Pengerusi syarikat, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, dan dihadiri oleh lebih 28,000 pekerja syarikat kereta nasional itu.
Syed Zainal berkata seperti juga mana-mana segmen ekonomi yang lain, pasaran automotif terus menghadapi persaingan sengit.
“Justeru itu, kami perlu menggandakan usaha kami dan hari keluarga ini merupakan satu cara untuk menghimpun tenaga kerja kami, menaikkan semangat dan moral mereka serta menggalakkan mereka menjulang nama Proton untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan kejayaan yang lebih besar,” tegas beliau.
sumber: mynewshub.my
PS:ade nampak macam kereta honda civic tak ? :P

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...