sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Sunday 19 February 2012

Pelik! Pokok Pisang Ada 3 Tandan Dan 5 Jantung

Pin It

Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantungPokok pisang pelik ini amat jarang sekali ditemui kerana mempunyai tandan dan jantung lebih dari satu. Cuba tengok gambar pokok pisang pelik di bawah ini.
Pemilik pokok pisang pelik setinggi empat meter itu, Sarman, 64,berkata, setiap tandan pisang tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung.
Pokok pisang ini ada tiga tandan & lima jantung . “Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok. “Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini,” katanya kepada suaramerdeka.com Sarman berkata, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya dua minggu lalu.
Keanehan pokok itu turut menarik perhatian jiran-jirannya yang tidak henti-henti datang ke rumahnya untuk melihat keajaibanpisang pelik tersebut.
Dia menganggap keganjilan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit. “Saya bertekad untuk menjaga pokokpisang pelik ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri. “Jika ada jiran yang teringin mencuba buah itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka,” katanya.
Melayukini.net - Ini adalah salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Kes seperti ini amat jarang ditemui. Tetapi anda mungkin pernah dengar sebelum-sebelum ini pokok pisang mempunyai dua tandan, mempunyai buah pisang yang banyak dalam satu tandan dan sebagainya.

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...