Datuk Lee Chong Wei terkenal dengan ketangkasan dan karektor yang ‘garang’ ketika beraksi di gelanggang badminton untuk menundukkan lawannya.
Ramai yang tidak tahu, pemain badminton nombor satu dunia itu juga mempunyai karektor seakan-akan sama ketika di luar dari gelanggang apabila dia di lihat baru-baru ini sedang ‘beraksi’ dengan sebuah kereta mewah.
Malah, beberapa keping gambar yang melihatkan Chong Wei menaiki kereta Ferrari F430 berwarna putih tersebar meluas di internet.
Kereta mewah yang dibeli sendiri oleh pemain badminton itu mempunyai kuasa enjin V84.3L dan mampu dipacu sejauh 0-100 kilometer hanya dalam masa empat saat serta mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 315 kilometer per jam.
Mungkin bagi orang ramai akan berfikir pemain badminton yang berusia 29 tahun itu ‘angkuh’ kerana memilih kereta yang mahal sebagai pilihan utama sebagai kenderaan utamanya.
Namun, Chong Wei mengaku yang dia adalah seorang ‘pencinta’ kereta dan mempunyai beberapa buah kereta lain sebagai koleksinya.
Antara koleksi peribadi miliknya, sebuah kereta Nissan GT-R berwarna kelabu yang dikatakan telah dijual bagi membolehkan dia membeli kereta Ferrari terbaru itu, sebuah BMW X6 Coupe dan juga sebuah Proton Inspira 2.0, hadiah daripada Proton sebagai tanda penghormatan kepada pencapaiannya yang berjaya mengharumkan nama negara.
Dengan kejayaan dan kemewahan yang dikecapi oleh Chong Wei, jadi, tidak mustahil bagi dirinya untuk memiliki kereta mewah Ferrari itu yang berharga RM1.6 juta.
0 comments:
Post a Comment