sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Monday 31 December 2012

mangsa rogol dijangka akan berkahwin tak lama lagi

Pin It



NEW DELHI – Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.
Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.
Ketika rakyat India meluahkan simpati yang mendalam terhadap mangsa berusia 23 tahun yang diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka yang mengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang dilamun cinta dan disayangi ramai.
Walaupun belum rasmi bertunang, semua rakan mengetahui mangsa merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan itu yang menyebabkan kematian mangsa.
Rakan mangsa, Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli-belah pakaian dan hadiah perkahwinan.
“Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,” katanya yang tinggal bersebelahan kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,” katanya. Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.
Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam. – AFP

0 comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...