Kerana dibakar rasa cemburu terhadap Shafiyah, Aishah lalu berkata kepada Nabi SAW, “Cukuplah dirinya yang pendek sebagai alasan bagi mu tidak memperhitungkannya”, Nabi SAW marah mendengar kata-kata Aishah itu. “Sungguh kamu telah mengatan sesuatu yang jika dimasukkan ke laut boleh membuatkannya keruh!”. Meski pun Nabi SAW sangat mencintai Aishah, namun perbuatannya menghina Shafiyah itu tidak dibiarkan. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan satu doa yang selalu dibaca oleh Nabi SAW, “Ya Allah jagalah aku dengan Islam ketika aku berdiri, dan ketika aku duduk dan juga ketika aku berbaring. Dan jangan biarkan musuh dan orang dengki mentertawakan aku.
(HR Bukhari)
Sila SHARE dan sebarkan, semoga menjadi kebajikan bagi kita semua.
0 comments:
Post a Comment