sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Thursday, 14 June 2012

Australia negara paling gembira




Australia menurut Bloomberg, merupakan negara paling gembira di dunia, mengatasi Norway dan Amerika Syarikat berasaskan kriteria pendapatan, pekerjaan, perumahan, dan kesihatan. Memetik Better Life Index yang dikeluarkan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD),  yang melibatkan   11 kategori yang dikaji di 36 buah negara yang diberikan wajaran yang sama.  

Jangkaan hayat pada kelahiran di Australia adalah hampir 82 tahun, dua tahun lebih tinggi daripada purata OECD.  Lebih 72 peratus penduduk negara itu yang berumur antara 15 hingga 64 tahun mempunyai kerja berbayar, mengatasi purata 66 peratus OECD. 

Australia hanya satu-satunya negara maju utama mengelakkan kemelesetan global tahun 2009 dan kerajaan bercita-cita untuk mengembalikan belanjawannya kepada lebihan dalam tahun fiskal yang bermula 1 Julai.  Ledakan pelaburan perlombongan meningkatkan guna tenaga dan memacu kadar pengangguran di bawah lima peratus, meskipun ketika kenaikan nilai mata wang menjejaskan sektor pembuatan dan pelancongan. 

Wednesday, 6 June 2012

apa itu 'LOL'?




Rebekah Brooks ada kalanya dikatakan sebagai anak kelima Rupert Murdoch danterlalu rapat dengan hartawan itu, tetapi apabila dia muncul di hadapan Leveson Inquiry, maka  terbongkar rahsia hubungannya dengan ahli politik kanan British, termasuk Perdana Menteri David Cameron.  Dia juga mempunyai hubungan rapat dengan dua Perdana Menteri sebelum ini, iaitu Tony Blair dan Gordon Brown.   
Canselor George Osborne juga dikatakan terlibat dalam usaha untuk memenangi empayar media Murdoch untuk membantu partinya memenangi pilihan raya umum.

Nama  yang Rebekah  dedahkan dalam penyiasatan itu ialah Jeremy Hunt, Setiausaha Kebudayaan:  E-mel Hunt bercakap dengan sendirinya.  Pendedahan itu mendorong pemimpin Parti Buruh,  Ed Miliband menggesa Hunt meletakkan jawatan

Rebekah semasa di hadapan Leveson Inquiry, antaranya mendedahkan teks mesej LOL yang dikirimkan kepada oleh David Cameron. Dia mengakui bahawa Perdana Menteri itu selalu menangani teksnya dengan "LOL" yang bermasud "Lots of love" sehingga dia memberitahu beliau bahawa maknanya "laugh out loud."  Walau bagaimanapun, Rebekah menafikain bahawa Cameron menghantar mesej teks kepada dia hingga 12 kali sehari yang merupakan khabar angin popular di tengah-tengah kejutan skandal penggodaman telefon.  Sebaliknya, dia mengakui bahawa mereka saling menghantar teks, terutamanya ketika kempen pilihan raya. 

Ketika penyiasatan yang maraton itu,  Rebekah juga mengesahkan bahawa dia dan Cameron berjumpa secara kerap, sama ada pertamuan sosial ataupun kapasiti profesional, dan dia juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tony Blair. Bagi sesiapa yang mengikuti rapat skandal penggodaman telefon, pertanyaan yang diajukan kepada Rebekah berhubung dengan penghantaran mesej teks antara dia dengan Cameron memang sudah dijangkakan.  Selepas Rebekah meletakkan jawatan sebagai wanita tangan kanan Murdoch, tersebar khabar angin bahawa Cameron menghantar teks simpati kepada Rebekah.

Meskipun Rebekah ketika penyiasatan itu tanpa resah gelisah, dijangkakansesetengah jawapannya akan menghantuinya kemudian. Namun, yang paling serius ialah David Cameron tersungkur angkara wanita ini.

Sunday, 3 June 2012

Anak kucing masih hidup selepas tersedut berjam lama dalam ekzoz kereta



SEORANG pemilik kereta yang merasakan bahawa kenderaannya seperti kekurangan kuasa, memeriksa ruang enjin di bahagian hadapan keretanya - dia mendapati seekor anak kucing telah tersangkut di dalam sistem enjin.

Pemilik kenderaan itu mendapati bahawa anak kucing berumur kira-kira dua bulan itu telah tersedut masuk ke dalam sistem ekzoz di mana hanya kepala dan sebelah kuku kakinya yang terjulur keluar.

Pemilik kenderaan itu hanya menyedari bahawa haiwan tersebut masih hidup selepas memandu kenderaannya ke garaj dan diberitahu oleh mekanik bahawa ia masih bernyawa ketika berusaha mengeluarkannya.

Bahagian sistem ekzoz itu segera dikeluarkan dari kereta tersebut lantas dibawa ke balai bomba di mana salah seorang petugas bomba berjaya memotong bahagian tertentu pada sistem itu untuk mengeluarkan haiwan malang itu.

Anak kucing tersebut terpaksa menjalani pembedahan usus dan kini dilaporkan semakin stabil di bawah jagaan sebuah tempat perlindungan di Rio Verde, di barat Negara Brazil. 

Menurut pengarah Bomba, Coronel Candido Cleber: "Anak kucing tersebut sejuk lantas ia memanjat ke dalam ruang enjin untuk menghangatkan badannya".

"Namun ketika pemandu menghidupkan enjin, ia tiba-tiba tersedut masuk. Sungguh menakjubkan kerana ia masih hidup. Pemandu telah memandu keretanya berjam-jam lamanya sebelum berhenti untuk memeriksa sesuatu yang tidak kena pada kenderaannya"


Saturday, 2 June 2012

Realiti Korea Selatan menunjukkan pembedahan kosmetik



ini antara sebab aku tak berapa suka dengan orang2 dan artis Korea... kesemuanya fake!!!
amoi cina kat Malaysia lagi cantik, asli lagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...