sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Monday 30 April 2012

kenapa bible bukan injil?




Kebanyakan orang menyangka bahawa bible adalah nama lain bagi Kitab Injil. Ramai di khalayak umat Islam menyangka bahawa isi bible adalah kitab Injil yang Allah turunkan kepada Nabi Isa A.S. tetapi ianya di ubah. Apakah benar pandangan ini? Mari kita lihat sejarahnya kerana apabila disebut kitab Allah, ia bermaksud wahyu (kalamullah) yang diturunkan Allah S.W.T kepada seorang rasul. Selain Al-Quran, terdapat kitab-kitab lain yang diimani oleh umat islam iaitu Injil, Taurat dan Zabur. Adakah bible merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S?

Sebenarnya bible adalah himpunan kitab-kitab warisan daripada kitab-kitab yahudi (old testament, Perjanjian Lama) dan kitab-kitab yang ditulis selepas Jesus Christ (new testament, Perjanjian Baru). Ertinya, ia bukan wahyu Allah kepada Nabi Isa seperti Al-Quran yang merupakan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Apabila disebutkan wahyu, maka sebutannya adalah Allah berfirman, kerana itu adalah firman langsung Allah kepada seorang rasul agar disampaikan kepada umat. Bible adalah tulisan manusia atau riwayat. Kerana itulah kita dapati keraguan terhadap ketuluenan bible terus menjadi isu yang dibangkitkan oleh penganut Kristian sendiri.

Apakah kaitan Gospel dengan bible?
Gospel adalah tulisan kitab-kitab warisan yang kononnya telah ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. Gospel merupakan kandungan atau juzuk-juzuk dalam bible. Ia merujuk kepada empat buah kitab awal di dalam bible pada bahagian New Testament yang merakamkan kisah hidup dan kematian Jesus Christ; Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John yang digelar Canonical bible atau Injil Kanonik. Keempat-empat kitab ini dianggap sahih pada pandangan ilmuan Kristian, walaupun pada awalnya terdapat beberapa kitab Gospel selain daripada itu. Bagaimanapun, tiada satu bahagian pun daripada Gospel tersebut yang masih kekal dan dapat diwarisi. Ironinya, keempat-empat Gospel yang dijadikan rujukan itu asalnya dalam bahasa Greek dan bukannya bahasa Aramaic iaitu bahasa pertuturan Nabi Allah Isa A.S. dan pengikutnya.

Apakah kesan Gospel tersebut terhadap kepercayaan kepada tuhan?
Adalah penting untuk diketahui umum bahawa terdapat 10 buah kitab Gospel sebelum abad ke-4 Masihi. Termaktub di dalam sejarah, Raja Konstantin I telah mengumpulkan ahli-ahli agama dalam Majlis Nicaea pada tahun 325 M bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sengit terhadap persoalan pokok di dalam kepercayaan di kalangan soal kepercayaan di kalangan ahli-ahli agama Kristian iaitu bersangkutan dengan isu sama ada Jesus (Nabi Isa A.S) itu Tuhan atau tidak.
Terdapat dua golongan ilmuan Kristian pada waktu itu. Satu golongan ilmuan mempercayai Jesus adalah seorang insan (hamba Tuhan) dan satu golongan lagi mempercayai ketuhan Jesus (memiliki unsur ketuhanan/anak Tuhan). Golongan majoriti di kalangan ilmuan ketika itu mengatakan bahawa Jesus adalah hamba Tuhan. Walau bagaimanapun, dalam majlis tersebut golongan majoriti ini telah di paksa supaya tunduk dan mengalah kepada golongan minoriti yang mempertuhankan Jesus.
Golongan ilmuan majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti. Sesuatu yang bertentangan dengan disiplin ilmu dan amat tidak masuk akal.
Semua prinsip ilmu terpaksa tunduk kepada kehendak Raja Konstantin I. Beliau merupakan Maharaja Rom yang pertama memeluk agama Kristian. Sebagai Raja Rom, kepercayaa pagan dan mitos yang berasal daripada mitologi Romawi yang percaya kepada pelbagai tuhan dan dewa-dewi masih bertapak dalam dirinya. Ini mempengaruhi keputusan Majlis Nicaea. Peranannya dalam mencari jalan penyelesaian kepada pertelingkahan golongan agamawan membawa kepada satu resolusi Majlis Nicaea (325 M) yang menerima pakai doktrin ketuhanan Jesus dan konsep ‘triniti’; mempercayai bahawa ‘tuhan itu tiga’, iaitu terdiri daripada Tuhan bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus.
Serentak dengan itu, Majlis Nicaea (325 M) juga telah menafikan kesahihan beberapa kitab Gospel selain daripada Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John, di antaranya ialah The Letter of Barnabas, Didache, Thomas dan Mathias (sekadar menyebut beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.
Peristiwa ini berlaku sekitar 300 tahun setelah ‘kematian’ Jesus Christ. Bertitik tolak dari situlah berkembangnya segala kekeliruan dan pertentangan akidah dengan kepercayaan yang telah dipegang oleh majoriti penganutnya sebelum tarikh tersebut.


wallahualam~

majlis pernikahan fasha dan jejai

















taniah kepada kedua-dua pasangan mempelai... fasha jangan buat hal sudah....

sumber: roti kaya

gambar artis sewaktu kecil dan sekarang (part 2)















amin dan samsul




Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Samsul terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Samsul : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Samsul : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah melukai jari saya.
Samsul: (Mendengarkan penjelasan Amin lalu Samsul menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Samsul : Saya datang untuk ujian air kencing…

5 makhluk misteri di kenal pasti




Dover Demon




Percaya atau tidak,makhluk ini pernah di lihat 2 kali di bandar Dover,Massachusetts,diantara 20hb april dan 22hb april 1977.Tidak dapat di pastikan sama ada ianya "makhluk","setan" atau "makhluk asing".Menurut sumber,makhluk ini belum pernah ada kes yang melibatkan pembunuhan manusia.

Jersey Devil



Anda boleh agak dari mana makhluk jenis ini berasal hanya dengan melihat namanya sahaja,Menurut sumber dan cerita,makhluk ini dijumpai secara tidak sengaja pada awal 1800an.Menurut cerita lagi,makhluk jenis ini dikatakan boleh terbang,mempunyai sayap belakang seperti kelawar,dengan kepala seakan akan kuda,dan mempunyai kuku.Makhluk jenis ini dilaporkan telah banyak membunuh haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.

OwlMan



Laporan awal penemuan "owlman" adalah pada 1976.Makhluk tersebut dilihat terbang ke Gereja Mawnan pada awal 1976 - 1978.Owlman hanya dilaporkan dilihat terbang disekitar gereja sahaja.Kelihatan seperti burung hantu,saiz seorang lelaki dewasa,mempunyai telinga dan bermata merah.

Canvey Island Monster



Gambar di atas adalah bangkai makhluk yang dilihat di pantai canvey island di England.Cerita ini bermula sejak tahun 1954.Bangkai lain di temui sekitar 1955.Panjang Makhluk ini adalah 76cm,kulit perang kemerahan dan mata membonjol.Dikatakan makhluk ini mempunyai kaki berbentuk kasut kuda dengan lima jari dan tidak mempunyai tangan.Dikatakan makhluk ini tidak berbahaya kepada manusia.Manakala Bangkai kedua yang dijumpai serupa dan mempunyai kepanjangan 120cm

Goatman



Makhluk ini mempunyai ciri ciri manusia dan kambing.Ianya bertanduk seperti kambing.Pemerhatian awal makhluk ini dilihat pada awal 1957 dikawasan forestville dan upper marlboro di daerah Prince George.Ianya juga dilihat sekitar tahun 1962.Dengar cerita,makhluk jenis ini akan memotong mangsa dengan kapak besar.Bunyi yang dikeluarkan ketika makhluk ini memotong mangsanya dengan kapak juga menyeramkan.
Kalau menurut sumber lain pula,Di kalimantan Barat,makhluk jenis ini di panggil "Hantu Kambe".

video polis pukul orang (part 2)- BERSIH 3.0


kan dah kene~


video polis pukul mat salleh- BERSIH 3.0



buat malu je la.... ><

3 dirempuh ketika tukar tayar




SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.
Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama. 

Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian. 

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa. 

Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber: berita harian online

Rusia mengkaji ikan paus pembunuh




PARIS – Sepasukan saintis Rusia mengumumkan mereka akan melancarkan satu operasi untuk mengkaji seekor ikan paus pembunuh jantan berwarna putih yang dinamakan Iceberg pada minggu depan.
Saintis-saintis Universiti Moscow dan Universiti Saint Petersburg pernah menyaksikan ikan paus spesies Orca itu muncul di permukaan laut berhampiran Kepulauan Commander di Lautan Pasifik Utara pada Ogos 2010.
Pengarah Bersama Projek Orca Timur Jauh Rusia (FEROP) Erich Hoyt berkata, Iceberg yang memburu bersama 12 ikan paus itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 16 tahun berdasarkan saiz sirip mamalia berkenaan.
“Ini kali pertama kami melihat ikan paus pembunuh jantan dewasa yang keseluruhan berwarna putih,” kata Hoyt.
Para saintis itu akan mengkaji sama ada Iceberg menghidap penyakit genetik albino.
Haiwan albino tidak boleh mengeluarkan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
Kebanyakan haiwan albino tidak dapat hidup sehingga dewasa kerana warna terang tersebut menyebabkan ia mudah dibunuh haiwan lain.
Terdapat dua ikan paus pembunuh berwarna putih yang diketahui tinggal di Semenanjung Kamtchatka, timur Rusia yang merupakan tempat Iceberg ditemui.
Pada tahun 1970, seekor ikan paus pembunuh berwarna putih berusia dua tahun, Chimo ditangkap di Kanada sebelum ia mati dua tahun kemudian.
Selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas bangkai haiwan itu, ia didapati menghidap albino. – AFP
sumber: kosmo.com.my

patung yang berkelip mata



Patung ini dikenali dengan nama Katja, dan dibuat pada tahun 1730an oleh seorang daipada kaum Tsar yang tidak diketahui namanya. Kisahnya bermula apabila seorang gundik yang mahukan seorang anak lelaki supaya lebih disayangi oleh raja. Tetapi apa yang mengecewakannya adalah anak yang dilahirkan itu adalah lelaki dan tambahan pula dilahirkan cacat.

Oleh kerana zaman itu, kepercayaan pada tahyul sangat kuat, maka bayi yang tidak berdosa itu dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Patung ini kononnya dibuat daripada abu bayi tersebut yang dicampurkan dengan seramik dan porselin. Dan tukang membuat patung tersebut adalah penjaganya.

Menurut cerita orang ramai, patung ini disimpan secara turun temurun di Rusia dan dijaga dengan ketat. Kononnya, patung ini akan membawa malapetaka akibat dari abu bayi tersebut. Menurut orang ramai lagi, jika patung ini berkelip selepas bertentang mata dengannya selama 20 saat, maka musibah akan menimpa.

Sunday 29 April 2012

kenali rakan anda melalui facebook mereka




1. Kaki update
Orang jenis macam nih kat mana-mana je akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas jugak kerana hal-hal yang tidak penting di-post. Contoh: ” Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~ ”

2. Melankolik
Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya ingin sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.

3. Tukang mengeluh
Dari pagi siang, petang, malam, subuh, dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?

4. Sombong
Biasanya suka menunjuk-nunjuk. Mungkin mereka tidak berniat sama sekali untuk menyombongkan diri, tetapi orang yang melihat selalunya merasakan dia nih sombong, bajet dan sebagainya…

5. Puitis
Orang jenis ini suka update status dengan kata-kata mutiara. Jadi, setiap kali update status selalu saja mengeluarkan kata-kata mutiaranya. Kadang-kadang sampai tak paham ape yang die tulis atau maksudkan. Nak buat kita terharu? Atau nak kita tahu perasaan di sebalik puitisnya kata yang bermetafora? Atau sekadar memancing perhatian? Atau… ah! banyak sangatlah persoalan…

6. In English
Jenis ” In English ” nih termasuk dalam kategori manusia apa saja, melankolik, puitis, sombong dan sebagainya. Dari pandangan sisi rakan facebook. ( Mentaliti Melayu selalu macam nih la; bukan nak kutuk bangsa sendiri ) Tapi selalunya jenis ini akan mengutarakan dengan yang lebih bergaya iaitu dengan bahasa Inggeris. ( Aku pulak terasa lepas tulis yang nih, macam aku lah… hahaha ) Sampaikan kene ejek terus.

7. Lettew
Hahaha, admin tak tau macam mana nak definikasikan type orang jenis nih. Letak ” Lettew ” je lah. Lettew adalah bahasa yang selalu digunakan di twitter bermaksud ” Awak lettew… – LAH TU ” Selalu status update dengan bahasa yang sukar difahami dengan ejaan kejap besar, kejap kecik… kejap besar… kejap kecik… Paham-paham je lah.

8. Obsesi
Selalunya manusia jenis nih kuat berangan dan hidup dalam imigasi tersendiri… bergantung kepada obsesi di penulis status update.. dan kerap kali dicontohkan kepada profil FAKE. contoh: ” Tengah dating dengan Lisa Surihani – At, Kebun pisang tok mudim.

9. Serba tahu
Insani jenis nih, semua dia nak tau…. dari rambut atas sampai kuku hujung kaki… padahal, satu mende dia tak tahu….. Just cakap je…. Contoh; tgk bola….. ” Ramli pemain jersi 19, Man.Utd berpindah ke Kelab Malam. ” Padahal PROPA je.. Lagi nak lebih2, tak tahu diam2 la… jangan buat tau2 je…

10. Kaki Wayang
Selalu update status mengenai filem yang baru habis ditonton… Kalau tgk 10 movies, 10 movies la status berderet hari tuh jugak.
Contoh: ” Alamak! Toyol…. best. Hantu toyol die pakai pampers and hisap tetek bukan jari kaki ”

11. Sales
Takde update pasal lain, semua pasal barang-barang yang dijual secara online dalam facebook. Jual kerepek pisang dalam talian. Untung maaaa~

12. Kemasyarakatan
Selalu update status mengenai kemasyarakatan. Contoh : Jom ramai2 datang ke stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan robot Real Steel!

13. L33t
Leet atau eleet atau leetspeak atau 1337 atau l33t dan juga dieja 31337 atau 3l33t Juga dikenali sebagai bahasa hacker. Selanjutnya korang cari sendiri kalau nak tau sejarah leet. Manusia jenis ini ada beberapa versi, dari tulisannya yang aneh, atau tulisannya biasa saja, bahasa alien atau memang tak paham langsung!
contoh:
L33t 1 : “@£@h@¡ x2… p€n¡n9 §¡07 k€p@£@ @kµ 7€n90k @w€k §€k§¡ n¡h”
L33t 2 : “aLaHa| x2….. P3n|nG s|0t k3paLa aKu tGk aWeK S3k$i n|h ”
L33t 3 : “4£4h41… p3n1n9 $107 |{3p4£4 4|{µ 73n90|{ 4w3|{ $3|{$1 n1h
(Ingat comel ke tulisan serupa l33t nih?)

14. Hidden Message
Orang jenis nih, menyembunyikan mesej sebenar dalam mesej status. Kebanyakkannya perempuan.
Contoh : “For you my A**FF C*LL*N, I can’ t live without you..i miss you… you are my blah blah blah..”,
(Padahal orang tersebut tidak ada dalam jaringannya.. hahaha. saje tulis. SMS je terus kat die la kalau rindu…)

15. Misteri
Selalunya membuatkan banyak orang bertanya tanya atas apa maksud dari status orang tersebut. Mengudang tanda tanya dan ah! misterilah…
Contoh : ” Sudahlah.. ” , ” Matilah…” ” Termenung… ” <– Apa kes!? hahaha

apabila manusia lebih teruk daripada binatang (4)


anjing ni di siram dengan air panas dan di seterika di badan.... mari sini biar aku buat kau balik!!!!!!!!!!!!!

semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?



perempuan tu seboleh-boleh nak pertahankan yg dia tak pakai tudung...><

gambar artis sewaktu kecil dan sekarang (part 1)














avril lavigne i love you!!! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...