sila like fan page rileks~ tenang~... terima kasih

suka blog ni?

IKLAN

Saturday 25 February 2012

FERRARI UNTUK DIJUAL MURAH GILE!!


FERRARI UNTUK DIJUAL... MURAH GILE NI... LAI LAI....

GAMBAR ILUSI


pening kepala gua

Thursday 23 February 2012

POSISI MEMBACA BUKU



SAYANG, I NAK RABA SAYANG.. SIKIT JE




Jadikan ia pengajaran

Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
... Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ! ! !

Moral of the story – Allah S.W.T berfirman , “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26

Wednesday 22 February 2012

ROKOK SENJATA YAHUDI




Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda ......

JADUAL KAPAL ISRAEL DATANG KE MALAYSIA


Jadual kapal israel datang ke Malaysia, kerap betul datang Malaysia...



Kredit AmenoWorld 

PENGANG BABI BOLEH SAMAK...


inilah hakikat....

PANAS! VIDEO KAPAL ISRAEL DI PORT KLANG



ini adalah bukti video kehadiran 2 buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang ber berlabuh di perlabuhan klang


Secara kasarnya, dari percakapan berbahasa Melayu yang terakam dalam video di atas sudah cukup membuktikan bahawa video rakaman kapal Israel tersebut diambil di Malaysia.

Namun untuk mengukuhkan lagi bukti ini, sila lihat pada minit ke 1:08. Sebuah lori yang kebetulan lalu di hadapan kamera terpapar logo Westport, Malaysia. Jika anda rajin ada beberapa lagi logo Westport yang boleh ditemui dalam video di atas.




source: http://milosuam.blogspot.com

Tuesday 21 February 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT



‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
...
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

MALAYSIA BAKAL MENGELUARKAN TELEFON PINTAR MAMPU MILIK


KUALA LUMPUR - Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb," katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. - Bernama

DUA SEPUPU BERTENGKAR HINGGA CEDERA




KOTA BHARU - Hanya kerana percikan air bah, dua sepupu berjiran, sanggup ber­tengkar sehingga menyebab­kan seorang daripadanya di­kenakan hukuman penjara sebulan.

Tertuduh Mohd Iruan Mohd Nordin, 26, dipercayai menyebabkan kecederaan ke­pada sepupunya, Anwar Ra­shidi Rameli, 34, selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Majistret, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly men­jatuh­kan hukuman terbabit kepada Mohd Iruan selepas tertuduh mengaku bersalah sehingga menyebabkan kecederaan kepada sepupunya.

Dia melakukan kesalahan terbabit pada 22 November tahun lalu, pada jam 4 pe­tang selepas berlaku per­teng­karan antara mereka berdua di kawasan taman perumahan di Jalan Baung Bayam, di sini.

Ketika ditanya Mohd Fa­zaly, bagaimana perbalahan itu timbul, tertuduh menjawab, berlaku perselisihan faham se­lepas sepupunya yang me­naiki motosikal ketika itu me­lalui jalan terbabit sehingga menyebabkan air di kawasan takungan masuk ke dalam rumahnya. Akibatnya, An­war Rashidi bertindak menye­rang dan tertuduh bertindak menyelamatkan diri dengan memukul kepala sepupunya itu.

Pendakwaan terbabit di­kendalikan Timbalan Pendak­wa Raya, Noor Dayana Mohamad.
-SINAR-

DATUK LEE CHONG WEI BERSAMA KERETA FERRARI NYA


Datuk Lee Chong Wei ‘Angkuh’ Bawa Ferrari?



Datuk Lee Chong Wei terkenal dengan ketangkasan dan karektor yang ‘garang’ ketika beraksi di gelanggang badminton untuk menundukkan lawannya.
Ramai yang tidak tahu, pemain badminton nombor satu dunia itu juga mempunyai karektor seakan-akan sama ketika di luar dari gelanggang apabila dia di lihat baru-baru ini sedang ‘beraksi’ dengan sebuah kereta mewah.
Malah, beberapa keping gambar yang melihatkan Chong Wei menaiki kereta Ferrari F430 berwarna putih tersebar meluas di internet.
Kereta mewah yang dibeli sendiri oleh pemain badminton itu mempunyai kuasa enjin V84.3L dan mampu dipacu sejauh 0-100 kilometer hanya dalam masa empat saat serta mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 315 kilometer per jam.
Mungkin bagi orang ramai akan berfikir pemain badminton yang berusia 29 tahun itu ‘angkuh’ kerana memilih kereta yang mahal sebagai pilihan utama sebagai kenderaan utamanya.
Namun, Chong Wei mengaku yang dia adalah seorang ‘pencinta’ kereta dan mempunyai beberapa buah kereta lain sebagai koleksinya.
Antara koleksi peribadi miliknya, sebuah kereta Nissan GT-R berwarna kelabu yang dikatakan telah dijual bagi membolehkan dia membeli kereta Ferrari terbaru itu, sebuah BMW X6 Coupe dan juga sebuah Proton Inspira 2.0, hadiah daripada Proton sebagai tanda penghormatan kepada pencapaiannya yang berjaya mengharumkan nama negara.
Dengan kejayaan dan kemewahan yang dikecapi oleh Chong Wei, jadi, tidak  mustahil bagi dirinya untuk memiliki kereta mewah Ferrari itu yang berharga RM1.6 juta.

TRAILER GAME NEED FOR SPEED THE RUN


fuh ni game baru need for speed yang baru... mesti best ni, dulu admin main need for speed hot pursuit pun dah rasa best gile....:P
ni admin bagi tgk trailer dia sahaja... link download game ni takde.... nak main g la beli ..:P

SEKSI BERACUN




KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.


Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.

Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.


Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.


Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.

Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.


“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.

“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.

“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa.

“Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.

“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit.

“Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.

Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.

“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.

Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.

“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.

“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.

“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.

“Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.

“Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan,” katanya.

-metro-

Monday 20 February 2012

TAHUKAH ANDA?





  • Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada beban badannya.
  • Nama paling banyak digunakan adalah nama Muhammad.
  • Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan kecil berbanding wanita.
  • Duit kertas bukan diperbuat daripada kertas tapi daripada kapas.
  • Perut bayi boleh memuatkan 60ml susu dalam satu masa. Perut orang dewasa boleh memuatkan 1.5 liter pada tahap paling maksimum. Lembu boleh memuatkan 300 liter makanan dalam perutnya.
  • Secara purata, kita menuturkan 5000 patah perkataan setiap hari.
  • Ikan yu kehilangan gigi lebih daripada 6000 batang setiap tahun. Tetapi giginya boleh tumbuh dalam masa 24 jam sahaja.
  • Jika air dalam tubuh badan kita berkurang sebanyak 1%, kita akan merasa dahaga.
  • Nama kereta Nissan berasal daripada bahasa Jepun yakni Ni :2 dan San :3. Nissan :23.
  • Zirafah dan tikus dapat bertahan lebih lama tanpa air berbanding unta.
  • Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosfera setiap tahun akibat kesan pembakaran petrol. Untuk serapsemula gas tersebut, ia memerlukan hutan seluas benua Australia.
  • Pada tahun 1933, watak kartun Mickey Mouse menerima 800,000 pucuk surat daripada peminat.
  • 4082kg bunga ros hanya dapat menghasilkan 0.972kg ekstrak untuk dijadikan minyak wangi.
  • Kelapa paling besar di dunia boleh didapati di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Beratnya boleh mencapai sehingga 22 kg.
  • KERETA PREDATOR EXTREME



    Predator Extreme, adalah satu kereta gabungan dari Ferrari Enzo, Lamborghini Reventon, dan Mclaren F1. Tapi terdapat juga part dari kereta lain seperti tail light Infiniti G35. Sejak kali pertama gambar ni keluar ke internet 3tahun lalu, sekarang ia dibuka untuk dijual. Start price ialah 230 000 dollars. 

    predator extreme


    predator extreme


    predator extreme


    predator extreme


    predator extreme

    FUH MEMANG CUN!

    RAHSIA JARI TANGAN






    1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 

    2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan. 

    3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan. 

    4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. 

    5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam 
    dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat. 

    6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan 
    Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind. 

    7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2  rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. 

    DOWNLOAD MOVIE GREEN LANTERN


    sesiapa yang belum pernah tgk movie GREEN LANTERN boleh la download movie ni dan tengok la sampai lebam...:P



    part 1
    part 2
    part 3
    part 4

    download ke empat2 part tu... lepas habis download dah boleh tgk movie ni tanpa ade putus2...

    DAFTAR PERCUMA STREAMYX DAN UNIFI



    daftar streamy dan uniFi secara percuma...
    free gift gelang power balance
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.167482026678670.39430.100002506220730&type=3

    feedback customer saya

    di bawah ini disediakan pakej STREAMYX dan UNIFI yang boleh anda pilih.............................................................................................

    pakej STREAMYX

    1mbps
    -kelajuan internet sehingga 1 mbps
    -RM110/bulan
    -tiada limit penggunaan internet
    -percuma modem wifi
    -percuma telefon cordless
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia

    2mbps
    -kelajuan internet sehingga 2 mbps
    -RM130/bulan
    -tiada limit penggunaan internet
    -percuma modem wifi
    -percuma telefon cordless
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia

    4mbps
    -kelajuan internet sehingga 4 mbps
    -RM140/bulan
    -tiada limit penggunaan internet
    -percuma modem wifi
    -percuma telefon cordless
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia
    ..................................................................................................
    SILA LAWATI  http://streamyxnunif.blogspot.com/ 

    .................................................................................................

    pakej uniFi

    VIP 5
    -kelajuan internet sehingga 5 mbps
    -RM 149/bulan
    -60GB had muat turun bulanan* (tidak dikenekan buat masa kini)
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia
    -14 saluran TV percuma
    -pemasangan percuma (bernilai RM200)
    -peralatan percuma (bernilai RM800)
    -tanpa deposit

    VIP 10
    -kelajuan internet sehingga 10 mbps
    -RM 199/bulan
    -90GB had muat turun bulanan* (tidak dikenekan buat masa kini)
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia
    -14 saluran TV percuma
    -pemasangan percuma (bernilai RM200)
    -peralatan percuma (bernilai RM800)
    -tanpa deposit

    VIP 20
    -kelajuan internet sehingga 20 mbps
    -RM 249/bulan
    -120GB had muat turun bulanan* (tidak dikenekan buat masa kini)
    -percuma panggilan ke talian tetap TM seluruh Malaysia
    -kadar rata 10 sen/min ketalian mudah tetap lain seluruh malaysia
    -14 saluran TV percuma
    -pemasangan percuma (bernilai RM200)
    -peralatan percuma (bernilai RM800)
    -tanpa deposit
    .................................................................................................
    SILA LAWATI http://streamyxnunif.blogspot.com/
    .................................................................................................

    cara pendaftaran

    nama penuh:
    nombor telefon:
    nombor i/c:
    alamat rumah:
    pakej yg di pilih:
    * salinan i/c depan dan belakang (wajib)
    hantar ke streamyxnunfi@yahoo.com.my

    sebarang soalan sila msg 0142686911 AMIN

    ......................................................................................................
    SILA LAWATI http://streamyxnunif.blogspot.com/
    ......................................................................................................

    PERCUMA GELANG POWER BALANCE
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.167482026678670.39430.100002506220730&type=3



    DOWNLOAD MOVIE FAST 5


    sesiapa yang belum pernah tgk movie fast 5 boleh la download movie ni dan tengok la sampai lebam...:P


    part 1
    part 2
    part 3
    part 4

    download ke empat2 part tu... lepas habis download dah boleh tgk movie ni tanpa ade putus2...

    MAUT AKIBAT MAKAN DAGING KUCING



    BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging kucing.
    Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain ketika makan tengah hari.
    Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.
    Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis herba.
    Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.
    Huang – bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong – disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.
    Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan makan itu, Huang Wen – juga rakan Long – hanya menjamah sedikit daging berkenaan kerana ia “lebih pahit” daripada sepatutnya. Ketiga-tiga mereka pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.- AP
    sumber: hmetro.com.my

    PROTON TUAH AKAN DIPASARKAN TIDAK LAMA LAGI



    KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mula memasarkan model baru menyamai kereta konsep Tuah dalam masa empat bulan lagi.
    Sumber memberitahu Mynewshub.my, keputusan itu hampir pasti dan orang ramai pasti tidak akan kecewa dengan model baru berkenaan.
    “Dalam empat bulan lagi kita akan pasarkan Tuah,” katanya.
    Sebelum ini, kecoh di media-media online dan blog Proton akan melancarkan model P3-21A yang dibangunkan berasaskan model konsep Tuah.
    Sementara itu, laporan Bernama memetik Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai berkata, sudah menjadi resam Proton sejak kebelakangan ini untuk memperkenal sebuah varian atau model kereta baharu setiap tahun, dan tahun depan tidak terkecuali.
    “Kami sedang membuat persiapan untuk melancarkan sebuah kereta baharu pada 2012 dan satu daripada kegiatan penting bagi Proton tahun depan ialah berusaha gigih meningkatkan eksport.
    “Dalam negara, jumlah jualan semakin meningkat tahun demi tahun tetapi bagi tahun depan, ini bergantung kepada keadaan pasaran ketika itu,” katanya kepada Bernama pada Hari Keluarga Proton di sini hari ini.
    Syed Zainal berkata tahun depan dijangka mencabar dari segi ekonomi, tetapi bagi industri automotif pelancaran model-model varian baharu akan membantu meningkatkan prestasi keseluruhan Proton.
    Bagi enam bulan pertama, jualan kereta Proton Holdings bertambah kepada 74,519 unit berbanding 65,918 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2010.
    Hari Keluarga tahunan yang kali ini diadakan di Sunway Lagoon Resort di sini itu, dilancarkan oleh Pengerusi syarikat, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, dan dihadiri oleh lebih 28,000 pekerja syarikat kereta nasional itu.
    Syed Zainal berkata seperti juga mana-mana segmen ekonomi yang lain, pasaran automotif terus menghadapi persaingan sengit.
    “Justeru itu, kami perlu menggandakan usaha kami dan hari keluarga ini merupakan satu cara untuk menghimpun tenaga kerja kami, menaikkan semangat dan moral mereka serta menggalakkan mereka menjulang nama Proton untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan kejayaan yang lebih besar,” tegas beliau.
    sumber: mynewshub.my
    PS:ade nampak macam kereta honda civic tak ? :P

    ROKOK ELEKTRONIK MEMBAHAYAKAN






    Di PENSACOLA (Florida) Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.

    Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

    “Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

    “Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

    Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

    Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

    Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok.

    LAWAK ANAK BABI NGAN KERBAU




    Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

    Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

    Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
    ... Kerbau : A’Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
    Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
    Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
    Babi : Ok. Kau dok diam2..

    5 minit kemudian……

    Babi : Hah, dah siap, nah..
    Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

    Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
    5 minit kemudian…

    Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
    Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
    Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
    Babi : Nie bukan muke aku… Nie muke BABI..

    *babi pun taknak mengaku babi.

    SYAITAN BERKELIARAN MENCARI TEMPAT PENGINAPAN





    Setiap petang syaitan akan berkeliaran mencari tempat penginapan atau bermalam dan mendapatkan makan malam mereka di rumah-rumah manusia. Apabila mereka sampai ke sebuah rumah yang penghuninya tidak menyebut mana Allah ketika masuk ke rumahnya ,syaitan akan bersorak gembira, ? Kita sudah dapat tempat bermalam .? 

    Sekiranya penghuni rumah itu tersebut tidak menyebut nama Allah sewaktu menghadapi makanan ,syaitan berkata lagi, ?Kita sudah dapat tempat tidur dan makan malam.? Sebaliknya , jika penghuni sesebuah rumah itu sentiasa menyebut nama Allah ketika masuk ke rumah dan sebelum makan , syaitan akan bersedih hati, sambil berlalu dia akan meratap, ?Tidak ada bermalam dan makan malam disini.? 

    Sebenarnya , syaitan tidak tahan dan tidak kuat mendengar nama Allah . Mereka tidak dapat mengganggu orang-orang Islam yang sentiasa menyebut nama-Nya ,seperti Bismillah , auzubillah, Allahu Akbar, subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan sebagainya . 

    Syaitan akan lari dan tidak berani mendekati mereka yang selalu mengucapkan kalimah-kalimah tersebut.

    PELAJAR DISIMBAH ASID





    MARANG – Seorang remaja yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang rakannya melecur setelah disimbah cecair, dipercayai asid, dalam satu insiden awal pagi Ahad di Kampung Padang Merchang di sini.
    Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, dan Shahurzaman Salim, 38, sedang nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.
    Mohd Fadzil melecur di bahagian muka, badan serta kaki manakala Shahurzaman, yang bekerja sebagai nelayan, cedera di muka serta mata, dan mereka kini dirawat di unit kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil.
    Seorang penyewa di rumah itu, Mohd Harmizi Hussin, 29, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dihubungi seorang rakannya mengenai kejadian tersebut.
    “Setibanya di rumah, saya terkejut melihat keadaan (Mohd) Fadzil yang melecur di muka sambil menggelupur menjerit kesakitan.
    “Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Mercang sebelum mereka kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
    Mohd Harmizi, seorang pemandu bas kilang, berkata Mohd Fadzil biasa datang ke rumah sewanya untuk menonton perlawanan bola sepak.
    “Saya percaya suspek melontar cecair berkenaan melalui tingkap yang tidakditutup, dan kebetulan pula (Mohd) Fadzil dan Shahurzaman tidur di atas katil berhampiran tingkap tersebut,” katanya.
    Pada mulanya, Mohd Harmizi menyangkakan cecair itu adalah sejenis minyak namun sangkaannya meleset setelah melihat kesan terbakar pada tilam dan kain pelekat yang dipakai Mohd Fadzil.
    Bapa Mohd Fadzil, Idrus Mohd Nor yang ditemui di HSNZ berkata dia terkilan dengan kejadian itu, yang belum diketahui motif sebenarnya.
    Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.
    Beliau berkata polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

    CARA MAKAN RASULULLAH S.A.W






    1) Makan hanya apabila rasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    2) Tidak meninggalkan makan malam walaupun hanya dengan segenggam kurma. Menurut baginda,tidak makan malam boleh menyebabkan lemah.

    3) Makan dalam keadaan duduk secara tawaduk, tidak bersandar atau berdiri.

    4) Tidak pernah mencaci makanan. Apa yang sesuai dengan seleranya dimakan. Jika tidak, maka
    tidak disentuhnya.

    5) Menggunakan 3 jari untuk menyuap makanan.

    6) Sukakan madu dan makanan yang manis.

    7) Suka makan daging terutamanya bahagian betis dan paha kambing.

    8) Melarang tidur selepas makan kerana boleh membuatkan hati keras dan kesihatan terjejas.

    9) Tidak dicelahi minum waktu makan.

    10) Mengunyah makanan hingga lumat sebelum menelannya.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...